What does Islam really teach?
April 20th, 2008 | No Comments
Filed in: Visual Inspirasi
Pra remaja adalah mereka yang berusia antara tujuh hingga dua belas tahun. biasanya mereka bersekolah diperingkat rendah(primary). Posted by Safni ...
April 20th, 2008 | No Comments
Source: NADI Vol: 01/08
Filed in: Pesanan Untuk Pra Remaja
March 31st, 2008 | No Comments
‘April Fool’ Great Prohibition In Islam

In this regard the eminent scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states:
Telling lies is bad conduct. It is not proper for righteous people and true believers; rather, it is a sign of hypocrisy, as the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “The hypocrite has three characteristics: he tells lies, breaks his promise, and breaches the trust” (Al-Bukhari and Muslim).
The Prophet (peace and blessings be upon him) warned against lying for the purpose of entertaining people. He said, “Woe on anyone who speaks to entertain the people by lying, woe on him, woe on him…” (Abu Dawud, At-Tirmidhi, and An-Nasa’i).
The Prophet (peace and blessings be upon him) also said, “One is not considered a true believer till he abandons lying for fun and arguing even if he was telling the truth” (Ahmad and At-Tabarani).
Several Prophetic hadiths warned the Muslims against frightening others seriously or jokingly. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have said, “It is not permissible for anyone to frighten a Muslim” (Abu Dawud).
Consequently, lying is forbidden in any form, and on this occasion (April Fools’ Day) it is forbidden for four reasons:
The prohibition of lying which is confirmed by the Qur’an and the Sunnah,
The unwarranted grief or fear it may bring on a person or his entire family, even if only for one hour,
The betrayal of trust it entails,
Moreover, Sheikh `Atiyyah Saqr, former head of Al-Azhar Fatwa Committee, adds:
It is agreed upon by all religions and sound minds that truthfulness is a virtue and lying is a vice. To tell the truth, your words should reflect reality; to tell a lie is to contradict what you are actually saying or doing. The worst kind of lying in sayings is perjury and in deeds it is hypocrisy.
Lying is forbidden unless it is for necessity. In that case, the principle “necessity makes the unlawful permissible” applies. Necessity has to be evaluated and used when no other option is available. Some of these acceptable lies is what we call connotation, a word carrying a double meaning. The Muslim may use the positive not the negative interpretation of the word.
It was reported that lying was legitimatized to benefit (someone or something), not to impair (the same). The Prophet (peace and blessings be upon him) said, “A person who reconciles between two people and says good things, even if it is not true, is not a liar” (Al-Bukhari and Muslim).
Umm Kulthum bint `Uqbah also said, in an addition to the hadith, “I never heard the Prophet permitting lying except in three cases: during war, to reconcile between two belligerent parties, the usual talk between the spouses.” What is meant by this talk is love talk to relieve the sufferings of life.
Filed in: Pesanan Untuk Ibu-Bapa, Pesanan Untuk Pra Remaja
March 7th, 2008 | No Comments
|
UNDERSTANDING YOUR TEEN memahami anak remaja anda
A workshop for parents seeking to understand and motivate your teenage son/daughter
Bengkel untuk ibu-bapa yang ingin memahami, mendekati dan memberi motivasi pada anak remaja anda
By Mr Mohamed Khair Mohamed Noor from SuChi Success Initiatives Sat, 15 Mar 2008, 2 - 3.30pm, As-Syakirin Mosque
$5 per parent / Limited seats / Bilingual in Eng & Malay To register call 65132300 or 65132315
Organised by Perdaus in conjunction with Muslim in Campus (MIC Camp) www.muslim1ncampus.multiply.com
|
Filed in: Wadah Umum
February 26th, 2008 | No Comments
“Apabila meninggal seorang Anak Adam itu, maka terputuslah segala
amalannya, melainkan 3 perkara:
ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.”
(Maksud Hadith)
Anak soleh ialah seorang anak yang sangat membesarkan dan mengagungkan Tuhan didalam kehidupan sehariannya. Dalam setiap sudut kehidupannya, Anak Soleh menjadikan Rasulullah sebagai role modelnya. Anak Soleh sangat mentaati guru dan kedua ibu bapa. Anak Soleh juga menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda daripadanya.
Kehidupan anak soleh diisi dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Tuhan disamping menghiburkan manusia. Anak Soleh sangat membesarkan Tuhan melalui sembahyang yang dilakukannya lima waktu sehari semalam. Bahkan menjadi agenda
utama dalam hidupnya. Hasil daripada sembahyang yang dihayati itu, akan membina akhlak yang mulia dengan Tuhan, manusia dan seluruh makhluk ciptaan Tuhan.
Posted by Ainon
Filed in: Pesanan Untuk Ibu-Bapa, Pesanan Untuk Pra Remaja
February 26th, 2008 | No Comments
Perlukah kita mengenal siapa diri kita sendiri?
Inginkah kita mengetahui dimanakah kedudukan kita disisi Tuhan kita?
Sebagai seorang pemuda pemudi muslim, hendaklah kita mengenal diri kita sendiri agar kita dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan diri kita disisi Allah. Insya-Allah.
Menurut ajaran Islam, mulia dan hinanya seseorang manusia itu disisi Allah berdasarkan taraf iman masing-masing. Siapa yang tinggi imannya, dialah yang termulia dalam pandangan Islam. Siapa yang rendah imannya atau tidak ada iman langsung akan jadi hina sehina-hinanya.
Apa tu IMAN?
Iman ditakrifkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Yakini dengan hati, diikrarkan dengan lidah dan dilaksanakan dengan perbuatan.” ( at-Tabrani )
Ertinya apabila seseorang itu telah beriman, dia dikatakan telah percaya dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus mengamalkan apa yang diyakininya itu.
Mari kita mengenal tahap IMAN kita ^_^
Iman diantara seseorang dengan seseorang manusia itu tidak sama. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama telah membahagikan iman kepada lima peringkat:
1- Iman Taqlid
2- Iman Ilmu
3- Iman ‘Ayyan
4- Iman Hak
5- Iman Hakikat
*Iman Taqlid*
Iman orang jahil yang cuma tahu mengikut sahaja.
*Iman Ilmu*
Iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja iaitu seseorang yang telah mempelajari dan memahami tentang Allah dan rukun Iman.
*Iman ‘Ayyan*
Lebih tinggi daripada Iman Ilmu. Seseorang yang beriman dengan ilmu ingin meningkatkan kepada Iman ‘Ayyan, ia handaklah melakukan latihan bersungguh-sungguh melawan nafsu ( mujahadatunnafs) yang bersungguh-sungguh. Setelah melalui latihan itu barulah orang yang beriman ilmu akan meningkat imannya kepada Iman ‘Ayyan.
*Iman Hak*
Iman yang sebenar dan yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai Iman ‘Ayyan. Seseorang yang telah mencapai Iman Hak ialah orang yang mata hatinya sentiasa melihat Allah, ertinya setiap kali ia melihat kejadian Allah, hati dan fikirannya akan tertumpu kepada Allah lalu ia membesar dan mengagungkan Allah.
*Iman Hakikat*
Peringkat iman yang tertinggi dan paling sempurna sekali. Inilah taraf iman milik para Rasul dan Nabi serta para kekasih Allah.
Puas hatikah kita dengan iman yang kita miliki sekarang? atau kita ingin mempertingkatnya lagi?..
Wallahu a’alam.
Posted by Iffah Masturah
Filed in: Muqaddimah
February 25th, 2008 | No Comments
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. dan ada sangkaan buruk..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
![]()
Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya
Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Wallahu a’alam.
Posted by Iffah Masturah
Filed in: Pesanan Untuk Pra Remaja
February 24th, 2008 | No Comments
Pelik bunyi nya namun
Jawapannya terkandung di dalam riwayat tersebut..ayuh memberz !
Daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a , beliau berkata: Telah bersabda Nabi saw: ” Aku diperintahkan supaya bersujud di atas tujuh anggota, dahi dan (kemudian baginda) menunjukkan kepada hidungnya,dua tangan , dua lutut dan (hujung) jari-jari kaki.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jika ruh disertai tatkala kita sujud maka Allah berkenan mengangkat darjat, menyuci kesalahan dan menganugerahkan ganjaran hasanah.Insya Allah.
Posted by Nur Aida
Wassalam
Filed in: Muqaddimah
February 22nd, 2008 | No Comments
Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada imam Al-Muttaqin, keluarga, sahabat, dan para tabiin..
Wahai sang Ayah yang mulia..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Aku doakan semoga engkau mendapat ganjaran yang melimpah dari Allah s.w.t, semoga Dia menjadikanmu Ayah yang penuh tanggungjawab, serta ikhlas semata kerana mengharap redhaNya.
Renungkanlah firman Allah s.w.t:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar yang keras” At-Tahrim:6
Sabda Nabi s.a.w:
“Kamu semua adalah pemimpin, dan masing2 akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya”
Sang Ayah yang mulia, sesungguhnya Allah s.w.t kelak akan meminta pertanggungjawabmu tentang apa yang engkau pimpin. Dia akan bertanya tentang anak-anakmu, rumahtanggamu, dan masa depan keluargamu. Dia akan bertanya bagaimana engkau mendidik dan memimpin mereka.
Wahai Sang Ayah yang mulia, tanggungjawab dirimu yang terbesar dan penting bagi keluargamu adalah menanamkan benih iman di hati mereka. Kerana itu, ajaklah mereka selalu mengingati Allah s.w.t, ajaklah mereka berzikir ketika tidur. Bersihkanlah rumahmu dari segala yang dimurkai Allah s.w.t, yang menyalahi perintah dan laranganNya, nyanyian-nyanyian yang tidak sopan, siri-siri yang merosak, majalah-majalah yang tidak sopan dan acara-acara yang tidak berguna. Hendaklah engkau wahai Ayah, menjadi contoh tauladan dalam keluargamu.
Penyair berkata:
‘Generasi yang ada sekarang adalah hasil didikan para orang tua mereka’
Maka dari itu, jadilah Ayah yang sentiasa menjaga perintah dan larangan Allah s.w.t. Sebab engkaulah orang yang paling pertama dicontohi anggota keluargamu, engkaulah yang akan bertanggungjawab melepas dan membebaskan mereka dari jilatan api neraka kelak.
Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu meraka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu meraka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal meraka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan” –At-Thuur:21
Aku doakan semoga Allah s.w.t menjadikanmu bersama orang-orang muhsinin yang hanya mengharap redha Allah s.w.t.
Wahai sang Ayah yang mulia, sesungguhnya sebahagian orang tua ada yang membiarkan rumahtangganya tenggelam dalam kesibukan dunia. Rumahnya jauh dari nuansa agama, sunyi dari tilawah, zikir, ibadah dan akhlak mulia, jauh dari hidayah, dekat dengan fitnah.
Firman Allah s.w.t:
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan redhaNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” At-Taubah:109
Ikbal berkata:
Tidak akan ada kedamaian bila iman telah hilang
Tidak ada dunia bagi yang tidak menghidupkan agamanya
Siapa yang suka hidupnya tanpa agama
Maka jadilah dunia fana sebagai sahabatnya
Selamat berpisah untuk sementara wahai ayah. Dilain waktu, semoga kita berjumpa lagi.
Yang benar,
Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Posted by ‘Azzah
Filed in: Pesanan Untuk Ibu-Bapa
February 19th, 2008 | No Comments
Nasihat pertama yang di berikan kepada anaknya andalah berkenaan dengan Aqidah.Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:”” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar””. Surah Luqman : 13
Posted by Sumartono
Filed in: Pesanan Untuk Pra Remaja
February 17th, 2008 | No Comments
Siri Inspirasi Pengasuhan untuk Pra Remaja oleh Ibu Elly Risman Musa terbitan Produksi Badan Narkotika Nasional.
Filed in: Visual Inspirasi
February 13th, 2008 | 5 Comments
Blog yang kami sediakan adalah bertujuan untuk menjadi sebagai wadah untuk pra remaja sekalian, tidak ketinggalan mereka yang sudah selamat menjalani zaman pra dan sedang aktif mengharungi alam remaja mereka.
Juga, ibu-bapa yang bercahayamata yang setentunya tertanya-tanya “Adakah wajar reaksi saya?”, “Apa yang harus saya lakukan?”, “Sudahkah saya jalankan tugas saya sebagai orang tua dengan sebaiknya?”
Insya Allah, sama-sama kita akan kupas dan berdiskusi tentang aqidah untuk pra remaja bagi menjana bakal-bakal remaja yang lebih berakhlak muslim, Ameen ya Ra rabbal A’lamin..
Posted by ‘Azzah
Filed in: Pesanan Untuk Ibu-Bapa
February 13th, 2008 | 4 Comments
Masa untuk santaikan minda. Ayuh berdiri …..tariklah nafas…..hembuslah nafas…….
Hmm….bagaimana rasanya? Masya Allah…..nikmatnya!
Setiap nafas yang ditarik …….Bersyukurlah! kerana kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.
Setiap nafas yang dihembus………Insaflah! kerana mungkin itu nafas yang terakhir
Wallahu a’lam
Posted by Nur Aida
**********************************************************
Maksud ayat-ayat Al-Quran di bawah ini cukup meninggalkan kesan di hati. Renungilah maksud ayat-ayat di bawah ini yang menguji sejauh mana kepercayaan kita kepada rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar:
(Beriman kepada qada’ dan qadar bererti seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini dan apa yang berlaku kepada dirinya semuanya adalah qada’ dan qadar Allah SWT yang telah ditetapkan olehNya.
(Berikut dipetik dari emel yang saya terima)
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
Surah Al-Ankabut: 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu dan (ingatlah), Allah mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
Surah Al-Baqarah: 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
Surah Al-Baqarah: 286
RASA KECEWA??
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
Surah Ali-Imran: 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”.
Surah Ali-Imran: 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.”
Surah Al-Baqarah: 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”
Surah At-Taubah: 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“…cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.
Surah At-Taubah: 129
AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!
“….dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”.
Surah Yusuf: 87
Wallahua’lam
Posted by Faizah : )
Filed in: Muqaddimah
February 13th, 2008 | 2 Comments
Aqidah perlu diperkenalkan kepada pra remaja kerana pada peringkat umur tersebut mereka banyak terdedah kepada pengaruh-pengaruh di sekeliling serta belum boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Lantas, pra remaja perlu mempelajari aqidah yang mengajar asas pembentukan pegangan atau pandangan hidup serta nilai Islam.
Melalui asas aqidah yang mantap, ia akan menghasilkan tingkah laku dan tindakan yang berdasarkan syariat Islam, bukan secara ikut-ikutan belaka.
Pra remaja perlu dibimbing dan dihormati tidak kira oleh siapa pun; sama ada ibu bapa, rakan ataupun mereka yang lebih dewasa atau lebih muda dari mereka.
Berdasarkan pengalaman sendiri, pada peringkat pra remaja, saya lebih mudah menerima suatu teguran atau nasihat jika diucapkan dengan cara atau pendekatan yang sesuai. Bukan dengan cara ditengking, dipaksa-paksa, disindir atau diugut.
Hal ini kerana kadangkala saya masih belum dapat mengerti mengapa harus melaksanakan suatu perintah Allah. Contohnya, mengapa harus mengeluarkan zakat. Ya, dengan mengeluarkan zakat, ia akan dapat membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Namun, saya belum dapat menghayati hikmah, kepentingan dan tujuan di sebalik zakat, iaitu antaranya adalah ia dapat mensucikan diri dari sifat bakhil dan tamak serta untuk menegakkan kepentingan umum bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat.
Wallahu’alam
Posted by Faizah ;D

JustBlue Theme by gio. Powered by Bakie Directory, Best CD Rates, Downtown Hotels.
Komentar